Buah Tin Tinggi Antioksidan...Apa itu Antioksidan?


Buah tin kaya dengan antioksidan...tapi apa sebenarnya antioksidan (antioxidant) ni??

Analogi mudahnya macam ni...besi jadi berkarat sebab pengoksidaan. Bila kita bubuh cat, besi itu susah nak berkarat dah.

Antioksidah ini lebih kurang macam cat pada besi tu. Antioksidanlah yang melindungi daripada badan kita "berkarat".

Antara perkara yang menyebabkan badan kita berkarat atau omputih panggil 'oxidative stress' ialah:
- merokok
- diet tidak sihat
- sinaran UV
- pencemaran udara
- radiasi

Pastu senanglah badan kita untuk dapat pelbagai penyakit macam kanser, sakit jantung, diabetes dan macam-macam lagi.

Antioksidan bertindak mengurangkan kesan oxidative stress ni pada badan. Badan kita sendiri dapat menghasilkan antioksidan. Tapi kita boleh dapatkan lebih banyak lagi antioksidan melalui pemakanan buah dan sayur.

Buah tin adalah antara buah yang tinggi kandungan antioksidannya. Semakin banyak antioksidan, semakin kuranglah badan kita menghadapi penyakit yang berpunca daripada oxidative stress ðŸ™‚



0 Ulasan