Alhamdulilah (Segala puji bagi Allah) kita telah megetahui pelbagai khasiat dapat diperoleh daripada buah dan daun tin berdasarkan kajian saintifik dan testimoni-testimoni. Para pelanggan kami juga kebanyakkannya merupakan pesakit kanser dan jantung yang mengamalkan pemakanan buah tin.
Pemakanan buah tin bukanlah rawatan alternatif kepada penyakit-penyakit tersebut tetapi lebih kepada makanan tambahan. Anda MASIH lagi perlu memakan ubat-ubatan yang telah diberikan doktor mengikut arahan. Anggaplah memakan buah tin ini adalah salah satu usaha/ikhtiar untuk menjadi lebih sihat.
Namun, setiap usaha perlu disertakan dengan doa kerana kuasa menyembuh tetap terletak di tangan Tuhan bukannya buah tin atau doktor. Di sini, kami kongsikan doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW (Prophet Muhammad) yang merupakan hadith dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman.
Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit.
Berdoa ini terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada segala jenis penyakit termasuklah penyakit wabak yang berbahaya serta mengurniakan keselamatan di dunia mahupun di akhirat.
[Sumber]
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- https://islam.nu.or.id/post/read/97161/ini-sejumlah-doa-rasulullah-untuk-kesembuhan-orang-sakit

0 Ulasan