Pernah tak anda belek-belek pokok tin anda kemudian terjumpa dengan ulat seperti kapas putih melekat?
Kemungkinan besar pokok tin anda telah dijangkiti koya!
![]() |
| Koya melekat di pokok tin |
Koya dalam jumlah yang sedikit tidaklah berbahaya tetapi apabila jumlahnya terlalu banyak boleh membunuh pokok. Jadi apakah caranya untuk mengawal koya?
Cara Mengawal Koya
1. Secara fizikal
Kita membuang terus koya daripada pokok tin dengan menggunakan berus gigi, pancuran air laju, dan sebagainya. Teknik ini dapat membuang koya daripada pokok tin secara serta-merta.
2. Racun Perosak atau Bahan Kimia
Terdapat pelbagai racun untuk koya yang terdapat di pasaran. Kami menggalakkan penggunaan bahan organik yang tidak membahayakan alam sekitar seperti neem oil, mineral oil atau sabun pencuci pinggan yang telah dilarutkan.
3. Mengawal jumlah semut
Membunuh semut dapat mengelakkan koya daripada merebak ke pokok-pokok yang lain. Pemangsa koya seperti ladybugs dan green lacewings juga mudah untuk memakan koya tanpa kehadiran semut.
![]() |
| Ladybugs sedang memakan koya |
Sumber:
Daane K.M. et al. (2012) Biology and Management of Mealybugs in Vineyards. In: Bostanian N., Vincent C., Isaacs R. (eds) Arthropod Management in Vineyards:. Springer, Dordrecht.
Dengarden - Home and Garden. 2020. Dengarden - Home And Garden. [online] Available at: <https://dengarden.com/>



0 Ulasan