![]() |
Kredit gambar: invasive.org |
1. Nematod ialah parasit tumbuhan yang wujud di dalam tanah dan merosakkan akar pokok. Nematod menyerang pelbagai jenis tumbuhan dan akan dibawa dari tanaman yang dijangkiti. Lebih kurang 2000 tanaman di seluruh dunia terdedah kepada jangkitan nematod. Pokok-pokok di atas tanah berpasir lebih banyak terdedah kepada serangan nematod. Jangkitan menyebabkan pokok muda mudah untuk mati sementara jangkitan pada pokok matang akan menyebabkan penurunan hasil.
2. Nematod tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Cacing nematod bersaiz 0.5 mm dan berbentuk pir (pear-shaped). Cacing betina akan hidup di dalam akarnya dan menyebabkan simpulan kekacang (galls) pada akar terbentuk. Galls terhasil akan mengurangkan kebolehan tumbuhan untuk meresap air dan nutrien yang kemudiannya akan menganggu proses fotosintesis. Larva nematoda pula akan menular ke seluruh akar umbi tumbuhan. Akar yang terancam boleh mati atau mereput.
3. Kawalan nematod mengunakan nematicide adalah biasa digunakan. Di luar negara, mereka ada juga membubuh kompos tanaman sawi ke dalam tanah sebelum menanam pokok tin. Namun, tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan teknik tersebut.
4. Tips yang dapat kami kongsikan ialah:
- tidak memberi air secara berlebihan kepada pokok tin kerana nematod suka kepada keadaan yang lembab
- tidak menggunakan medium / tanah yang telah dijangkiti dengan nematod untuk pokok tin yang baru
Sekian, terima kasih sudi membaca
0 Ulasan